Home » Citra Yadim » YADIM Pahang Adakan Pertemuan Dengan Penyiaran Pahang

YADIM Pahang Adakan Pertemuan Dengan Penyiaran Pahang

KUANTAN – YADIM Negeri Pahang mengadakan pertemuan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Pahang pada 22 Jun di Kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuantan.

Pertemuan ini bertujuan memperkasakan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam memperluaskan penyampaian mesej dakwah serta memperkukuh pelaksanaan program-program pembangunan ummah yang berimpak tinggi.

Antara fokus utama perbincangan ialah memperluaskan kerjasama dalam aspek hebahan dan promosi program-program anjuran YADIM melalui platform RTM bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara lebih meluas, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, kedua pihak turut membincangkan potensi penganjuran program bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam aspek pembangunan sahsiah.

Terlibat bagi pihak RTM ialah Pengarahnya, Encik Khairuddin Haji Osman bersama Timbalan beliau, Encik Muhammad Khairunizam Abdul Salam. Hadir mewakili YADIM Negeri Pahang ialah Ustaz Aizuddin Hakim Mohd Yusof selaku Pengarah serta Ustazah Nur Shuhada Ibrahim, Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *