Home » Citra Yadim » YADIM Pahang bantu agih air untuk penduduk Felda Keratong

YADIM Pahang bantu agih air untuk penduduk Felda Keratong

ROMPIN – Masalah ketiadaan bekalan air yang menimpa penduduk Felda Keratong di sini sudah berlarutan hingga lapan hari, dipercayai akibat pencemaran di Sungai Pukin di Ulu Keratong di sini.

Ekoran pencemaran itu, loji air yang memproses air daripada sungai itu terpaksa ditutup menyebabkan penduduk di Felda Keratong terputus bekalan air.

Prihatin dengan masalah itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang tampil membantu mengagihkan bekalan air untuk penduduk berkenaan pada 15 Julai.

Sebanyak 800 karton yang setiap satunya mengandungi 12 botol air 1.5 liter.

Ia akan dapat memanfaatkan sebanyaka 800 keluarga di Felda berkenaan.

Selain kakitangan YADIM Pahang,  usaha ini turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM Rompin yang terlibat sama mengagihkan bekalan air tersebut.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok terlibat sama dalam inisiatif ini.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *