Home » Citra Yadim » YADIM Pahang santuni ibu tunggal, asnaf dan Muallaf

YADIM Pahang santuni ibu tunggal, asnaf dan Muallaf

KUANTAN – Seusai program Semarak Dakwah YADIM di parlimen Indera Mahkota di sebelah pagi, diteruskan pula dengan program Semarak Dakwah di parlimen Kuantan pada sebelah petang hingga ke malamnya.
Pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kuantan diketuai Koordinatornya Dr Azhar Jaafar telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima dari golongan asnaf, ibu tunggal dan muallaf di sekitar Kg. Peramu, Kg. Tengah, Kg Tanjung Api dan Kg. Setali, Kuantan.
Program diteruskan di sebelah malamnya dengan Forum Semarak Dakwah yang bertajuk “Melestari Gerakan Dakwah Menyatukan Ummah” di Masjid Ittifaqiyyah Taman Inderapura.
Ahli panel ialah Ustaz Muhammad Aliff Zainuddin pensyarah UIAM Kuantan dan Ustaz Fadhli Ibrahim, Tenaga Pengajar Pondok An-Nur Penor. Ustaz Hazmi Dibok, Pengarah YADIM Pahang menjadi moderator forum.
Selepas selesai forum, program diteruskan dengan penyampaian watikah kepada Koordinator Pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kuantan serta agihan barangan sumbangan YADIM kepada 20 orang asnaf lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *