Home » Citra Yadim » YADIM Peduli bersama AADK Pulau Pinang

YADIM Peduli bersama AADK Pulau Pinang

TASEK GELUGOR – Tanggungjawab mendekati dan menyantuni golongan yang ingin kembali ke pangkal jalan dan ingin membetulkan kehidupan mereka perlu dipikul semua, lebih lebih lagi agensi dakwah seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Bertepatan dengan itu, YADIM Pulau Pinang mengadakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang pada 12 Mac di Pusat Intergrasi Klien di sini.

Menerusi program tersebut, seramai 80 klien agensi anti dadah itu menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Pulau Pinang.

Program ini disambut baik oleh Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung yang berkata, penganjurannya memberi pelbagai manfaat kepada banyak pihak, umpamanya membuatkan klien mereka itu merasa dihargai.

Ini jelas beliau sangat penting kerana penerimaan kembali masyarakat adalah salah satu faktor penting untuk memastikan mereka tidak kembali terjebak dengan penagihan.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan pula berkata, ini bukan kali pertama pihaknya mengadakan program bersama AADK, dan berharap lebih banyak kerjasama akan terjalin pada masa akan datang antara kedua agensi itu.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *