Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang

YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang

PADANG MAT SIRAT – Bertempat di Kampung Padang Kandang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli.

Bertujuan menyantuni mereka yang memerlukan, sebanyak 35 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini.

Sebanyak 25 sumbangan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti di masjid Al Faha di sini. Mewakili YADIM ialah penyelaras program Ustaz Azmi Mohamad.  Hadir sama ialah imam masjid, Ustaz Yusof Ismail, Penolong Imam, Izzuddin Ahmad serta wakil wakil komuniti, Zamberi Ayub, Feiazudin Abdul Hadi, Mat Hadzir Ramli serta ahli jawatankuas masjid.

Selesai acara di masjid, aktiviti ziarah asnaf pula diadakan kepada 10 keluarga penduduk kampung.

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu meringankan bebanan anak kariah yang memerlukan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *