Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut

YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 7 Februari telah melaksanakan Program Yadim Peduli untuk mangsa banjir dan asnaf hari ini di dua lokasi.

Seramai 5 orang kakitangan terlibat iaitu Penolong Pengarah YADIM Sarawak dan empat Sukarelawan YADIM Sarawak.

Lokasi pertama program ialah Kampung Simpang Tiga di sini. Di lokasi ini, YADIM Sarawak menyantuni seorang warga emas, Napisah Sudin, 79. Meskipun sudah lanjut usia, namun masih bekerja mengambil upah sebagai tukang urut di rumahnya.

Namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pendapatannya menjadi tidak menentu.

Suaminya, Putit Mohamad, 81, uzur dan mengidap kanser. Kehidupan mereka disara oleh anaknya yang bekerja di kedai runcit . Mereka menerima bantuan zakat daripada Baitulmal Sarawak.

YADIM Sarawak menyampaikan sumbangan makanan asasi dan sedikit wang saku disumbangkan oleh Sukarelawan Yadim sendiri.

Lokasi kedua ialah di Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut, Jalan Santubong.

Seramai empat keluarga penduduk terjejas banjir di Kampung Sungai Batu menerima sumbangan manakala dua keluarga di Kampung Sungai Lumut.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk, Zubaidah Eden. Sumbangan berupa makanan asasi seperti beras, gula, minyak masak, teh dan sebagainya

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *