Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Parlimen Bagan.

YADIM Peduli Parlimen Bagan.

BAGAN – Sikit tanda ingat, banyak tanda ada.

Mungkin tidak akan menyelesaikan semua masalah, namun sedikit sebanyak diharap mampu meringankan beban.

Pemberian sumbangan kami tidaklah banyak jumlahnya, namun InsyaAllah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan konsisten menyantuni mereka yang memerlukan.

Pada 6 Februari, sebaik selesai menyantuni Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di kawasan Padang Kota, YADIM Pulau Pinang menziarahi pula asnaf di sekitar Parlimen Bagan.

Sumbangan kecil yang kami berikan semasa program tersebut berupa barangan basah seperti 40 ekor ayam, telur dan sedikit barangan asas bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara tempat yang diziarahi ialah Pangsapuri Pangsa Sri Bagan, Jalan Mad Saad dan Kampung Manis.

Turut menerima sumbangan ialah rakan rakan daripada komuniti bukan Muslim yang memerlukan.

Program ini dijayakan bersama dengan Sukarelawan YADIM Bagan dan Kelab Anak Muda Bagan Dalam.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *