Home » Citra Yadim » YADIM Penyelaras Pavilion Baitul Hikmah MADANI

YADIM Penyelaras Pavilion Baitul Hikmah MADANI

KUALA LUMPUR – Agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama juga terlibat sama dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 apabila bergabung di bawah Pavilion Baitul Hikmah MADANI dengan YADIM selaku peneraju tahun ini.

Acara tahunan utama industri buku negara ini telah disempurnakan pada 29 Mei oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ketibaan beliau di hari pertama PBAKL 2026 disambut meriah ribuan pengunjung yang mula membanjiri tapak penganjuran sejak awal pagi.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek.

Ketika merasmikan program Perdana Menteri berkata, PBAKL wajar diteruskan untuk mendedahkan serta memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda terutama dalam dunia moden.

Beliau turut mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan dan penuntut Insitut Pengajian Tinggi Awam.

Menurut beliau, inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula 29 Mei hingga 7 Jun.

Agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama juga terlibat sama dalam PBAKL 2026 apabila bergabung di bawah Pavilion Baitul Hikmah MADANI dengan YADIM selaku peneraju tahun ini.

Sementara itu Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom yang hadir ke majlis peluncuran, telah berkesempatan menghadiahkan buku terbitan badan dakwah ini berjudul “Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme”, serta sebuah karya tulisan beliau sendiri “Takdir Yang Memanggil Langkah”.

YADIM ingin menyeru semua lapisan Masyarakat agar tidak melepaskan peluang berunjung ke PBAKL bagi mendapatkan sendiri pelbagai naskhah dan terbitan yang semestinya sesuai untuk seisi keluarga.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *