Home » Citra Yadim » YADIM Perkasakan Dakwah Digital, Anjur Bengkel Pengacaraan Kakitangan

YADIM Perkasakan Dakwah Digital, Anjur Bengkel Pengacaraan Kakitangan

PUTRAJAYA – Pendekatan dakwah melalui media kini menjadi aspek penting memandangkan masyarakat pelbagai peringkat usia menjadikan platform tersebut sebagai sumber maklumat utama.

Lantaran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengambil langkah proaktif memperkasakan kapasiti kakitangannya bagi memastikan penyampaian dakwah menerusi media sosial dapat dilaksanakan secara berkesan.

Melalui Bahagian Media dan Teknologi Dakwah dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, YADIM telah menganjurkan Bengkel Pengacara dan Penyampai Kandungan Dakwah selama tiga hari, bermula 18 hingga 20 Mei 2026.

Bengkel tersebut dihadiri seramai 31 orang peserta yang mendapat bimbingan langsung daripada tokoh penyiaran dan pengacaraan tanah air, Shahril Sarapudin dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran warga kerja YADIM dalam bidang pengacaraan dan penyampaian kandungan dakwah.

Dalam era digital yang berkembang pesat, kaedah penyampaian yang kreatif amat penting bagi memastikan mesej dakwah dapat disalurkan secara menarik, jelas dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Penganjuran bengkel ini juga diharap dapat melahirkan bakat dalaman YADIM yang kompeten dalam bidang pengacaraan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar.

Semua bakat yang dicungkil ini bakal mengemudi produk media digital YADIM termasuk program podcast, kapsul tazkirah, Buletin YADIM dan video korporat pada masa akan datang

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *