Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang, Uda Property santuni anak anak yatim Permatang Janggus

YADIM Pulau Pinang, Uda Property santuni anak anak yatim Permatang Janggus

KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Uda Property turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September dengan pelbagai pengisian bermanfaat.

Seperti di negeri lain, YADIM negeri ini turut menganjurkan konvoi yang disertai oleh seramai 50 orang belia bermula di Masjid Jamiul Badawi di sini.

Ia dipilih atas nilai sejarahnya yang cukup unik, kerana ia merupakan masjid yang diasaskan oleh penentu tarikh kemerdekaan negara, Syeikh Abdullah Fahim.

Pelepasan konvoi di sini disempurnakan oleh Pengerusi Masjid, dato sharirul azhar Othman.

Destinasi konvoi merupakan Rumah Anak Yatim Permatang Janggus yang menempatkan anak-anak yatim miskin seramai 40 orang.

Antara pengisian program di rumah anak anak yatim ini ialah penyampaiam sumbangan oleh Uda Property manakala YADIM Pulau Pinang sendiri menyumbang RM500 kepada pihak pentadbir rumah berkenaan.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan juga hadir ke program ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *