Home » Citra Yadim » YADIM, Rakan Strategik Jayakan Korban 25 Lembu Dan 44 Kambing Di Pondok Kandis

YADIM, Rakan Strategik Jayakan Korban 25 Lembu Dan 44 Kambing Di Pondok Kandis

BACHOK – Gandingan strategik YADIM, Harian Metro, EZ Qurban, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis, telah menjayakan Program Titipan Kasih Korban 2026 sempena Aidiladha 1447H pada 29 Mei.

Program ini menyaksikan pelaksanaan ibadah korban melibatkan 25 ekor lembu dan 44 ekor kambing hasil kerjasama badan dakwah, sukarelawan, institusi pondok dan agensi media dalam usaha menyantuni masyarakat serta memperkukuh jaringan dakwah ummah.

Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis, Bachok dipilih sebagai lokasi penganjuran, sekali gus menyerlahkan peranan institusi pondok sebagai pusat pembangunan ilmu, dakwah dan kemasyarakatan yang dekat dengan rakyat.

Pengisian utama program ialah simbolik kerjasama strategik iaitu serahan daging korban dan sumbangan kotak rezeki kepada wakil-wakil pondok yang hadir. Sebanyak 22 institusi pondok telah disantuni menerusi program ini.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ulama Kelantan, Sheikh Wazir Che Awang Al Makki sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Syeikh Pusat Pengajian Pondok Kandis, ustaz Mohamad Aziz Che Man, yang menzahirkan penghargaan atas penganjuran program yang memberi manfaat besar kepada institusi pondok dan masyarakat.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengarah YIK, Encik Shamsul Abu Bakar, diikuti Pengasas EZ Qurban Ustaz Azhar Ab Shukur serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Encik Husain Jahit. Majlis kemudiannya disempurnakan dengan perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Haji Mahadi Awang dan Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari dalam suasana penuh mahabbah dan kesyukuran.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *