Home » Citra Yadim » Projek pendidikan masyarakat Muslim Selatan Thailand

Projek pendidikan masyarakat Muslim Selatan Thailand

SONGKHLA – Sebagai salah satu usaha memperkasa peranan MABIMS, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan perbincangan dengan Konsulat Malaysia di sini serta pihak berkuasa Majlis Agama Islam Thailand.

Pertemuan berkenaan pada 4 September itu, antara lain membincangkan mengenai bidang kerjasama yang akan diperluaskan MABIMS dalam aspek pendidikan di wilayah Selatan Thailand.

Dalam pertemuan di Siam Center Hotel di sini, YADIM diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Yang Berusaha Dr Muhamad Razak Idris, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa serta Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, Norazira Jaafar.

Pihak berkuasa agama Islam Thailand pula diwakili oleh Dr Wisoot Binlateh, Meta Mekarat dan Muhammed Kasim Ali. Hadir sama ialah Konsulat Malaysia di sini, Nasir Mat Isa dan Sarizal Ramli  serta Timbalan Presiden Hotel Siam Center Halal, Samar Samarnpitak Wong.

MABIMS merujuk kepada Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang memfokuskan kepada kerjasama pelbagai peringkat mengenai agama Islam antara negara negara Asia Tenggara berkenaan.

Dalam pada itu, pihak Majlis Tertinggi Agama Thailand menyambut baik hasrat YADIM, malah mencadangkan agar program kerjasama ini dapat diperluaskan bukan sahaja di wilayah Selatan Thailand tetapi ke seluruh negara itu.

Terdapat 77 wilayah di Thailand dan 40 daripadanya mempunyai Majlis Agama Islam mereka sendiri.

Pentadbiran hal ehwal Islam di wilayah wilayah ini diselaraskan oleh pejabat Sheikul Islam di Bangkok.

Dianggarkan terdapat hampir tujuh juta populasi warga Muslim di wilayah wilayah tersebut.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *