TUARAN – Hasil kerjasama erat dengan rakan-rakan strategiknya, YADIM Negeri Sabah tahun ini melaksanakan Program Ibadah Qurban Pedalaman Sabah di enam lokasi.
Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) Bank Islam Malaysia Berhad tahun ini menyumbangkan lima ekor lembu manakala syarikal tekstil terkemuka negara, JAKEL pula menyumbangkan sebanyak seekor lembu, meluaskan manfaat kepada masyarakat di pedalaman Sabah.
Program pada 27 Mei menyaksikan ibadah berkenaan dilaksanakan di Kampung Jabang, Beaufort dan Surau As-Syakirin, Kampung Kauluan Tamparuli dan pada 28 Mei pula di Surau Nur Naimah, Kampung Peniang Tuaran serta Masjid Al-Ikhlas, Kampung Kabuan Sook.
Di setiap lokasi penganjuran juga, YADIM Negeri Sabah menyumbangkan bantuan barangan dapur kepada 10 penerima yang dikenal pasti memerlukan.
Program ini akan diteruskan lagi hingga 30 Mei di Surau Al Mukminin, Kampung Padang Timbak dan Masjid Pengiran Haji Abdul Karim, Kampung Kalumpung Pitas.
Turun padang ke semua Lokasi ini ialah Pengarah YADIM Negeri Sabah, Encik Tabiin Sahri Bersama para pegawainya.
Kerjasama erat yang telah lama terjalin antara YADIM Negeri Sabah dan SWADD, Bank Islam terus menjadi contoh hubungan strategik yang memberi manfaat besar kepada ummah melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan dakwah.
YADIM Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap jalinan kerjasama baik ini akan terus berkekalan pada masa hadapan.



KOMEN