Home » Citra Yadim » YADIM Sabah sumbang lebih RM46 ribu bantu tangani Covid-19

YADIM Sabah sumbang lebih RM46 ribu bantu tangani Covid-19

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 21 Oktober menyumbangkan RM46,720 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebagai membantu usaha menangani Covid-19 di sini.

Sumbangan diserahkan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki kepada Pengarah JKNS, Datuk Dr Christina Rundi, dalam satu majlis ringkas di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini.

Majlis disaksikan Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Yang Berhormat Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Setiusaha MUIS, Ramlan Ag Ali dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Saiful Zaman Sangul.

Sumbangan tersebut akan dimanfaatkan dalam bentuk Personal Protective Equipment (PPE) serta pelbagai jenis peralatan seperti khemah, meja, kerusi, kipas angin dan peralatan elektrik untuk Hospital Kota Marudu, Klinik Kesihatan Langkon, Kota Marudu, Klinik Kesihatan Telaga, Pitas, Klinik Kesihatan Bongkol, Pitas dan Klinik Kesihatan Menumbok, Kuala Penyu.

Turut akan menerima sumbangan ialah Klinik Kesihatan Padas Damit, Beaufort dan Klinik Kesihatan Kerukan, Kuala Penyu.

Program ini diadakan YADIM Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Dakwah Islam Sabah (Sabah Relief) dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS).

Datuk Hj Mohd Ariffin ketika ditemui media selepas simbolik penyerahan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YADIM Sabah atas inisiatif membantu JKNS.

Beliau turut menyeru lebih ramai pihak seperti badan korporat, badan bukan kerajaan serta orang perseorangan tampil dan mencontohi YADIM Sabah membantu JKNS dalam usaha menangani Covid-19 di negeri ini.

YADIM Sabah sebelum ini pada 16 Oktober menyampaikan sumbangan 200 pek makanan untuk petugas barisan hadapan di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *