Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni mangsa banjir kilat di Kota Samarahan

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir kilat di Kota Samarahan

SAMARAHAN – Hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu menyebabkan sebahagian Kuching dan bahagian ini dilanda banjir kilat. Ekoran itu, dua Pusat Penempatan Semula (PPS) di bahagian berkenaan.

Ini merupakan gelombang ketiga banjir di Sarawak selepas gelombang pertama pada 13 Januari dan kedua pada 31 Januari lalu.

Sebagai usaha menyantuni mangsa kejadian ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM Kuching tampil menggerakkan bantuan bencana kepada mangsa di dua pusat berkenaan iaitu PPS Dewan Lenggai Kampung Entingan dan PPS Kampung Nangka Samarahan.

Bermula seawal jam 7 pagi, para sukarelawan telah menghimpun dan menyediakan sumbangan untuk dua pusat berkenaan.

Sejurus selepas Solat Zohor, mereka bergerak ke Bahagian Samarahan dan melawat PPS Dewan Lengai Kampung Entingan. PPS ini menempatkan 44 mangsa daripada 19 keluarga. YADIM menyampaikan sumbangan berupa barangan kering dan kit pembersihan peribadi berjumlah 19 pek di sini.

Ia disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Sarawak, Zamri Bali kepada Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shanty Jaya Ak. Andrew Uni

Para sukarelawan kemudiannya menuju ke PPS Kampung Nangka bagi menyantuni 20 mangsa banjir daripada 10 keluarga yang ditempatkan di sana.

Ia disampaikan kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Samarahan, Roslina Sakaria.

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *