Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak sasar 100 kotak makanan untuk madrasah sekitar Kuching

YADIM Sarawak sasar 100 kotak makanan untuk madrasah sekitar Kuching

KUCHING – Sebanyak 100 kotak makanan yang mengandungi set barangan keperluan harian disasarkan untuk disampaikan kepada sekolah sekolah pondok dan madrasah sekitar bandaraya ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menerusi program Musaádah 2.0.

Pengarahnya, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, pihaknya memandang tinggi peranan sekolah pondok dan madrasah tahfiz dalam usaha melahirkan generasi celik agama dan para pendakwah untuk negeri ini.

Sebagai permulaan katanya, 50 kotak diedarkan pada 25 Mac kepada tiga buah madrasah di sekitar Petra Jaya.

Kotak makanan tersebut  mengandungi makanan asasi seperti beras, sirap kordial, gula, biskut kering, bihun, sos cili, kicap dan tepung gandum.

Lokasi pertama penyerahan ialah Pondok Hidayatul Mubtadi Inn Tahfidzul Quran, Jalan Ajibah Abol yang dipimpin oleh Ustaz Shamsul Adni. Sebanyak 20 kotak makanan telah disampaikan kepada wakil pondok tersebut.

Seterusnya penyerahan dilakukan di Sekolah Menengah Agama Rakyat  Madrasah Al- Khairat di Kampung Pinang Jawa. Di sini, sumbangan 20 kotak makanan disampaikan kepada mudir madrasah iaitu Habib Muhammad Alwi Al-Attas.

Lokasi terakhir ialah sebanyak 10 kotak makanan di Maahad Darul Falah Jalan Perupok, Gita melalui mudir madrasah iaitu Ustaz Syed Hassan Syed Kamaldin.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *