Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak sertai operasi bersih Surau Wastu An Nahri

YADIM Sarawak sertai operasi bersih Surau Wastu An Nahri

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 17 Januari telah menyertai Operasi Pasca Banjir dengan gotong-royong membersihkan Surau Wastu An Nahri Kampung Tengah Sungai, Sejijak.

Ia merupakan undangan Setiausaha dan ahli ahli jawatankuasa surau berkenaan.

Seramai 20 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan pertubuhan terlibat.

Selain YADIM, badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu ialah Isma Kuching, Jabatan Amal Malaysia Sarawak, Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan penduduk setempat.

Agensi kerajaan yg turut bersama ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Majlis Pembandaran Padawan, KWB, serta Pejabat Residen.

Hasil kerjasama semua, kerja-kerja membersihkan surau dari kesan banjir yang bermula jam 7.30 pagi dapat di selesaikan pada jam 11.30 pagi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *