Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak sumbang makanan, peralatan bernilai RM12,000 untuk bantu tangani Covid-19

YADIM Sarawak sumbang makanan, peralatan bernilai RM12,000 untuk bantu tangani Covid-19

KUCHING – Sebanyak 300 pek makanan dan 300 pek kit kebersihan diri disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kepada Hospital Umum Sarawak pada 11 Julai.

Ia merupakan sebahagian pengisian untuk program Musaádah YADIM 3.0 yang kini dijalankan di seluruh negara.

Musaadah 3.0 telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Agama Menteri (Hal Ehwal Islam),Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pada 9 Julai 2021 lalu.

Selain itu, YADIM turut menyumbang sebanyak 30 unit lampu kecemasan LED kepada pihak hospital bagi kegunaan petugas dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah di Kompleks Belia dan Sukan di sini. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM 12,000.00.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat kepada Pegawai Perhubungan Awam, Hospital Umum Kuching Sariddin Kaderi.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyantuni semua pihak termasuk membantu kumpulan barisan hadapan semasa tempoh pandemik Vovid-19 ini dengan cara menampung sebahagian keperluan pihak hospital dan para pesakit yang dikuarantin.

Jelas beliau lagi, sumbangan itu bukanlah yang pertama kerana pada Musaadah Covid-19 yang pertama  tahun lepas, YADIM Sarawak turut menyumbang pelbagai barangan kepada institusi ini.

Sepanjang Bulan Jun 2021 lalu, YADIM juga telah menyerahkan sumbangan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan PKRC di Daerah Lundu, PPV Bau, PPV Gedong dan PPV Simunjan.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *