Home » Citra Yadim » YADIM Selangor Santuni 30 Anak Yatim, Asnaf Melalui Program Gunting Rambut Percuma

YADIM Selangor Santuni 30 Anak Yatim, Asnaf Melalui Program Gunting Rambut Percuma

KUALA LANGAT, 7 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Selangor mengambil inisiatif proaktif menyantuni golongan memerlukan melalui penganjuran Program Gunting Rambut Anak-Anak Yatim, Miskin, dan Asnaf di Kampung Sijangkang, di sini semalam.

Program yang dilaksanakan sebagai persiapan menyambut pembukaan semula sesi persekolahan ini berjaya memberi manfaat kepada seramai 30 orang anak-anak daripada golongan sasar berkenaan.

Penganjuran program dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga, selain memupuk nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Hadir mewakili YADIM Negeri Selangor ialah Penolong Pengarahnya, Daie Muda YADIM Cik Nurul Syuhada Mohd Kamil, bersama Encik Aminuddin Abu Bakar yang meluangkan masa menyantuni peserta serta meninjau perjalanan program.

Turut terlibat menjayakan aktiviti tersebut ialah Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin, bersama barisan ahli jawatankuasa yang menguruskan aspek penyelarasan dan kelancaran program.

Selain meningkatkan penampilan serta keyakinan diri anak-anak terlibat, inisiatif turun padang ini memberikan sokongan moral kepada keluarga mereka, selari dengan hasrat YADIM dalam memperkasa agenda kebajikan masyarakat secara langsung.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *