Home » Citra Yadim » YADIM sumbang RM5,000 untuk Musa’adah Siswa Khas di UKM

YADIM sumbang RM5,000 untuk Musa’adah Siswa Khas di UKM

BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil antara agensi terawal menyantuni mahasiswa terkesan akibat gelombang terbaharu Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menerusi inisiatif Musa’adah Siswa Khas digerakkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu, YADIM pada 4 Oktober yang diwakili Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan menyumbang RM5,000 kepada pelajar UKM.
Dr Zulkifli juga menyumbang RM5,000 sebagai bantuan awal pada majlis itu kepada kira kira 200 pelajar yang majoritinya baru mendaftar di universiti itu.
Usaha meringankan beban pelajar UKM ini diselaraskan oleh Rakan Siswa YADIM UKM.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Nasib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Ir Dato’ Dr Othman Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Akhbar Samon dan Pengurus Baitulmal Talmizi Yahya.
Hadir sama ialah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Dr Suhaimi Mohammad dan Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa UKM, Muhammad Akmal Hakim serta pegawai pegawai bahagian Kepimpinan Muda YADIM.
Baru baru ini, timbul keresahan di kalangan mahasiswa di seluruh negara apabila kebanyakan universiti membatalkan pendaftaran pelajar bagi membendung Covid-19.
Dalam pada itu Dr Zulkifli turut meluangkan masa menziarahi pelajar UKM di Kolej Dato’ Onn selepas selesai program.
Terdahulu Dr Othman dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YADIM atas tindakan pantas menyantuni
pelajar ini.
“YADIM bukanlah asing kepada UKM, ia memiliki pertubuhan pelajar antara yang paling aktif di universiti ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *