Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu Dekati Masyarakat Dengan Mesej Nilai-nilai Murni

YADIM Terengganu Dekati Masyarakat Dengan Mesej Nilai-nilai Murni

MARANG – YADIM Negeri Terengganu meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Program Usrah Nurani Komuniti Sempena Sukaneka Merdeka Kampung Rusila yang berlangsung di Chalet Baroh Perobak, Rusila, Marang, pada 5 September.

Kehadiran Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin disambut oleh Pembantu Penerangan Daerah Marang, Encik Muhammad Arief Hasbollah Amin. Turut hadir ialah ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Abdul Rashid Abdullah.

Dalam program tersebut, Pengarah YADIM Terengganu berkesempatan menyampaikan kuliah ringkas berkaitan penghayatan kemerdekaan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat sebelum seterusnya merasmikan program.

Sukaneka Merdeka turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti santai dan pertandingan seperti rebut kerusi serta beberapa acara lain yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat.

Penganjuran program ini turut memperlihatkan pendekatan dakwah yang dekat dengan masyarakat melalui gabungan pengisian kerohanian dan aktiviti komuniti. Diharapkan usaha seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh ukhuwah serta membina masyarakat yang saling prihatin dan bersatu.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *