Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu: Tahsin Al-Quran di Surau Asrama PERKAYA Marang

YADIM Terengganu: Tahsin Al-Quran di Surau Asrama PERKAYA Marang

PROGRAM YADIM Interaktif: Tahsin Al-Quran diteruskan secara konsisten setiap bulan di Surau Asrama PERKAYA Marang, hasil kerjasama erat antara YADIM Negeri Terengganu dan pihak asrama.
Pada 27 Julai, seramai 180 orang pelajar telah menyertai sesi talaqqi al-Quran yang dibimbing oleh 10 orang guru berpengalaman yang merupakan satu usaha berterusan dalam memperkemas bacaan dan mendekatkan pelajar dengan kalam Ilahi.
Program ini bukan sekadar memperbetulkan bacaan, tetapi juga menjadi ruang untuk pelajar lebih dekat dengan nilai-nilai al-Quran dalam kehidupan seharian.
YADIM berharap agar usaha ini dapat terus melahirkan generasi celik Al-Quran yang bukan sahaja fasih membaca, tetapi juga menghayati dan mengamalkannya dalam membentuk sahsiah unggul dan jati diri Muslim sejati.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *