Home » Citra Yadim » YADIM terima sumbangan topeng muka daripada Kedutaan China

YADIM terima sumbangan topeng muka daripada Kedutaan China

PUTRAJAYA – Kerajaan China pada 17 April telah menyampaikan sumbangan 2,000 unit topeng muka kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat YADIM, di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Media dan Komunikasi, Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Tang kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Tang dalam ucapannya berkata, sumbangan itu adalah sebagai satu tanda solidariti pihaknya kepada Malaysia dalam melawan virus Covid-19 serta peranan YADIM sebagai salah satu pihak yang boleh dianggap sebagai barisan hadapan.

“Ketika wabak ini, kerajaan China sentiasa memikirkan soal kemanusiaan, dan dengan sebab itulah kami terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai segi kepada pelbagai pihak di Malaysia, termasuk YADIM.

“Lebih-lebih lagi, Malaysia adalah rakan China yang sentiasa memberi bantuan dan mempunyai hubungan yang erat selama ini,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan ringkasnya.

Sementara itu, Tuan Kamarul Arief berkata, YADIM amat berbesar hati kerana pihak Kedutaan China memilih YADIM sebagai penerima sumbangan dan berharap hubungan yang baik itu dapat dikekalkan lagi melalui pelbagai program bersama.

“Besarlah harapan kami agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi menerusi pelbagai cara sama ada penganjuran program dan sebagainya,’’ katanya.

Beliau berkata, melalui program Musaádah Covid-19, YADIM telah mengadakan program bagi menyantuni pelbagai pihak termasuk kira-kira 1,000 keluarga berpendapatan rendah, 500 pelajar institusi pengajian tinggi serta sumbangan PPE kepada barisan hadapan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *