Home » YADIM MADANI » YADIM Turut Jayakan Kongres Prauniversiti MADANI

YADIM Turut Jayakan Kongres Prauniversiti MADANI

PULAU PINANG – YADIM Negeri Pulau Pinang telah terlibat sama menjayakan Kongres Prauniversiti MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 yang diadakan pada 24 Mei.

Kongres yang dihadiri seramai 70 pelajar terpilih tersebut menyaksikan, Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias telah diundang sebagai ahli panel slot Wacana Prauniversiti Perdana bertajuk “Institusi Prauniversiti: Aspirasi Dan Halatuju Nasional” yang menampilkan beberapa panel jemputan dalam bidang pendidikan dan pembangunan insan.

Wacana berkenaan membincangkan peranan institusi prauniversiti dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Ia turut memberi penekanan terhadap kepentingan pembangunan sahsiah, pemerkasaan nilai intelektual serta kesiapsiagaan pelajar menghadapi cabaran pendidikan tinggi dan dunia kerjaya pada masa hadapan.

Majlis perasmian penutup kongres telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berimpak tinggi tersebut.

Beliau turut menekankan kepentingan institusi prauniversiti sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan negara dan pembentukan generasi MADANI yang holistik.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *