Home » Citra Yadim » YADIM Zon Selatan anjur Kembara Dakwah

YADIM Zon Selatan anjur Kembara Dakwah

JOHOR BAHRU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan akan berkolaborasi dengan beberapa pihak bagi menjayakan program, Kembara Dakwah Johor Bahru Tour 2017 bersama ulama terkenal, Syakh Muhammad bin Yahya Al-Ninowy.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, dalam program yang diadakan sebanyak lima lokasi, Syakh Muhammad akan menyampaikan ceramah dengan tajuk-tajuk berbeza pada 10 hingga 12 Mac.

“Program bermula pada 10 Mac apabila Syakh Muhammad menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan membawa tajuk `Young Muslim Identity in Current Era’,’’ katanya.

Beliau berkata, program diteruskan pada hari yang sama selepas solat Maghrib dengan ceramah bertajuk `Knowing al-Wadud, Loving al-Wadud’ bertempat di Masjid Jamek Pulai Perdana.

Menurutnya, pada 11 Mac dua lagi sesi ceramah diadakan bermula dengan program di Surau MTP Abdul Kadir pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari.

“Sesi ceramah ini dikhaskan kepada golongan muslimah sahaja dan Syakh Muhammad akan membawa tajuk `The Exemplary parenting Excellence of Rasulullah SAW,’’ katanya.

Beliau berkata, pada hari yang sama, program diteruskan di MasjidJjamek Bandar Baru Uda selepas solat Isyak dengan ceramah bertajuk `Islam the Power of Love’.

“Sesi ceramah terakhir akan diadakan 12 Mac, bermula  10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Badan Kebajikan Saudara Kita,  Darul Ukhuwah  dengan ceramah bertajuk `Islam and Human Rights’.

Program ini dijayakan bersama YADIM Zon Selatan, Pertubuhan Kebajikan Kasih, Pertubuhan Penyelidikan Ahlusunnah Wal Jamaah (ARG Johor) dan Majlis Azzikrul Hakim.

Turut bersama menganjurkan program ini adalah Madina Institute, Darul Ukhwah, Al Ghazali Centre dan Universiti Teknologi Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *