Home » Langit Terbuka » YaPEIM laksana konsep At-Tawarruq dalam produk Ar Rahnu

YaPEIM laksana konsep At-Tawarruq dalam produk Ar Rahnu

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pelaksanaan konsep At-Tawarruq melalui penawaran produk Ar Rahnu Prestij (tujuan umum), Ar Rahnu Bisnes (modal perniagaan), Ar Rahnu Emas (pemilik emas YaPEIM Gold) dan Ar Rahnu Didik (tunai untuk pendidikan) mulai 7 Februari.

Pelaksanaan itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan dan dilaksanakan mengikut Piawaian Prosedur Operasi yang telah ditetapkan.

“Pelaksanaan konsep baru ini adalah berdasarkan Pematuhan Syariah yang digariskan selaras dengan Keputusan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM), 2018-2019, dalam Polisi Dokumen (PD) Rahn,” kata YaPEIM dalam kenyataan.

Penambahbaikan konsep semasa berasaskan gabungan kontrak Qard (Pinjaman), Rahn (Cagaran), Wadi’ah Yad Dhamanah (Simpanan) dan Ujrah (Upah Simpan) kepada konsep Tawarruq yang menggabungkan pemakaian Pembiayaan Kemudahan Mikro Kredit YaPEIM dengan sokongan Platform Komoditi di bawah Bursa Suq Al-Sila’. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *