Yapeim peruntukan RM4juta untuk Program Foodbank 1.0

0
961
Food Bank 1.0 merupakan pendekatan YaPEIM bagi membantu meringankan beban ditanggung golongan isi rumah B40 dan pelajar di institusi pengajian tinggi. - Foto Arkib Yapeim

PERMATANG PAUH – Sepanjang tahun 2019, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah pun memperuntukan sejumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 untuk seluruh negara.

Demikian dinyatakan oleh Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mohd Fauzi Adnan ketika majlis agihan bantuan makanan percuma kepada 400 pelajar terpilih UiTM Pulau Pinang sepanjang minggu peperiksaan akhir yang sedang bermula mulai 30 Disember sehingga 20 Januari 2020.

Menurut beliau lagi, program tersebut merupakan pendekatan YaPEIM bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

- advertisement -

“Seramai 400 pelajar terdiri daripada 160 pelajar Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) dan 240 pelajar Program Diploma UiTM Pulau Pinang telah dipilih untuk diberikan makanan percuma kali ini.

“Mereka diberi makan sebanyak enam kali secara percuma dan diagihkan sepanjang minggu peperiksaan akhir.

“Dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan tersebut, ” tegasnya.

Program ini turut mendapat kerjasama Unit Pra Pendidikan Tinggi, Unit Zakat, Wakaf dan Sedekah, Bahagian Pendidikan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni serta Kesatuan Kakitangan Umum UiTM yang telah membantu mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima bantuan tersebut.

Hadir sama dalam majlis agihan makanan tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Pulau Pinang, Prof Madya, Ir, Dr Ahmad Rashidy Razali. – Malaysia Dateline

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here