JASIN – Program Ziarah Kasih MADANI Sempena Program Dakwah Negara telah diadakan di Merlimau, sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan melalui pendekatan dakwah dan kebajikan pada 29 Oktober.
Menerusi program ini, sebanyak 50 kotak Makanan MADANI telah diserahkan kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan asas mereka.
Pengatrah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail ketika berucap menyempurnakan program berkata, Adalah penting untuk sentiasa menyantuni masyarakat serta memupuk nilai keprihatinan dan semangat saling membantu.
Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara YADIM dengan masyarakat setempat, di samping menyemarakkan budaya kebajikan dan memperkukuh perpaduan dalam komuniti.



KOMEN