Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih SAR di Sijangkang

Ziarah Kasih SAR di Sijangkang

SIJANGKANG – Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 17 Mei telah menyantuni golongan yang memerlukan di kampung ini.

Sebanyak tujuh keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai dalam program kali ini. Sumbangan kecil ini sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban mereka yang akan menyambut Syawal tidak lama lagi.

Antara yang turut serta dalam program ini ialah Pengerusi SAR Selangor yang juga Pengerusi SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri serta ahli jawatankuasanya.

Program kali ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian.

Seperti dua program di Kuala Langat sebelum ini, dana bagi program ini disumbangkan oleh seorang penderma yang mengamanahkan SAR Kuala Langat untuk mengagihkannya.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *