KUALA NERUS – YADIM Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan ziarah ke Madrasah Darul Muhajirin (Pondok Bukit Jong), Kuala Nerus bagi menziarahi pengasas madrasah tersebut, Tuan Guru Ku Haji Syed Suhaimi Syed Hassan pada 19 Mei.
Kunjungan yang berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwah itu bertujuan mengeratkan hubungan serta menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan institusi pondok dalam memperkukuh pendidikan Islam serta melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.
Pertemuan tersebut juga menjadi medan perbincangan berhubung pelbagai isu dakwah di negeri Terengganu, khususnya usaha melibatkan pihak pengurusan pondok dalam menangani isu-isu kemasyarakatan setempat.
Turun padang dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama Penolong Pengarahnya, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz.



KOMEN