Home » Citra Yadim » Ziarah Musa’adah Ramadan YADIM Sarawak

Ziarah Musa’adah Ramadan YADIM Sarawak

BAU – Sebanyak tujuh keluarga di
Kampung Bunga Rampai di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dalam sesi ziarah pada 1 Mei.

Mereka menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafaee dan Afsan Mohamad.

Terdahulu, YADIM Sarawak juga menziarahi kediaman sebuah keluarga saudara kita di Kampung Benuk Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan.

Sumbangan berbentuk barangan  keperluan harian, juadah makanan  Aidilfitri serta pakaian turut disampaikan pada kunjungan ini.

Turut hadir, Pegawai PAROL Pejabat Jabatan Penjara Malaysia Wilayah Sarawak, Zainal Sepawi.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *