Home » Citra Yadim » Ziarah prihatin kepada MITS Banting

Ziarah prihatin kepada MITS Banting

BANTING – Prihatin dengan musibah kebakaran yang berlaku kepada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan ziarah prihatin kepada maahad berkenaan pada 7 Ogos.

Kunjungan ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Brhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri serta wakil wakil dari agensi di bawah beliau.

Mewakili badan dakwah ini ialah Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

YADIM turut menyumbang bersama Dr Zulkifli kepada maahad tahfiz ini dengan jumlah keseluruhan melebihi RM20,000 serta buku buku terbitan badan dakwah ini.

Dr Zulkifli turut meluangkan masa meninjau kawasan bangunan asrama perempuan yang terbakar dalam lawatan ini.

Pada 4 Ogos lalu, satu kejadian kebakaran menyebabkan bangunan asrama tiga tingkat MITS musnah, namun seramai 131 penghuninya terselamat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *