Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah Asnaf YADIM Wilayah

Ziarah Rahmah Asnaf YADIM Wilayah

KUALA LUMPUR – Menyedari masalah miskin bandar merupakan suatu isu yang perlu ditangani bersama, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan pada 27 Oktober telah melaksanakan program Ziarah Rahmah Asnaf di Cheras di sini.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Syria Care, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Unit Khidmat Bakti Al Rahmah, Masjid Al Mukhlisin, Cheras dan Rumah Bakti Nur Syaheera.

Hampir 100 peserta, terdiri daripada anak anak yatim sekitar Cheras turut serta dalam program ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengurus Kanan Nurdieana Mohd Mardzi, Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desa Cheras,Hasfaliza Yusop dan Penyelaras YADIM Wilayah, Mohd Firdaus Mohd Rusli.

Sebanyak 10 rumah telah disantuni oleh mereka dengan asnaf terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian yang bertujuan meringankan bebanan mereka.

Syria Care pula menghulurkan barangan penjagaan kebersihan rumah dan peribadi

Para asnaf yang disantuni dikenalpasti oleh wakil wakil persatuan penduduk yang turut memberi kerjasama menjayakan program ini.

Program bermula dengan para peserta berkumpul di Masjid Al Mukhlisin bagi tujuan taaruf dan pembahagian kumpulan.

Selesai pembahagian kumpulan, para peserta kemudiannya mendengar ceramah motivasi daripada Ahli Jawatankuasa MAWAR, yang juga Pengerusi Pertubuhan Darul Wardah, Ustazah Hazlina Abd Razak, sebagai pengisian tambahan kepada program.

Seterusnya, peserta diberikan taklimat tentang pergerakan ziarah asnaf sebelum bergerak menyantuni asnaf di lokasi masing masing. Antara kawasan yang disantuni termasuklah di Taman Desa, Pangsapuri Seri Perindu, Taman Bukit Cheras dan Taman Ria Segar di sini.

Pada masa yang sama, unit Khidmat Bakti Al Rahmah melaksanakan program ikon mereka, Cuci Cuci di luar kawasan masjid. Longkang dan tempat mengambil wuduk telah dibersihkan mereka.

Sementara itu selepas menyantuni asnaf, para peserta kemudiannya kembali semula ke masjid untuk solat zohor dan makan tengahari sebelum sesi sebelah petang bersambung dengan Tahsin Ibadah Amali Solat.

Program ini selesai pada kira kira jam 5 petang selepas solat Asar dan penyampaian cenderahati.

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Al Mukhlisin, Kamaruddin Ismail. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM kerana memilih untuk mengadakan program dan membantu ahli ahli kariah masjid itu.

YADIM Wilayah komited untuk melaksanakan banyak lagi program seperti ini pada masa akan datang dan menyeru lebih banyak pihak tampil untuk sama sama membantu menjayakannya.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *