Home » Citra Yadim » Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid 19 SAR KSI Port Dickson

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid 19 SAR KSI Port Dickson

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Kelab Sains dan Inovasi (KSI) Port Dickson Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 Jun telah menyantuni keluarga Muhammad Nazarudin Roslan, 13 yang mengidap Cerebral Palsy di sini.

Hadir sama dalam program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 ini ialah Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKM) Cawangan Negeri Sembilan dan Syarikat Bubbles O2 Sdn Bhd selain selebriti dakwah, Mohamad Khailil Razak yang juga dikenali sebagai Ustaz Tido.

Dalam kunjungan ini, Bubles O2, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Syazri Wan Sulong telah menyampaikan sejumlah Air Mineral Bubles O2 untuk kegunaan Muhammad Nazarudin kepada ibunya, Maslindah Abd Rahman.

Mereka turut melaksanakan pemeriksaan kandungan oksigen dalam badan Muhammad Nazarudin menggunakan sebuah alat khas yang didatangkan dari luar negara.

Hadir sama ialah Pengerusi SAR KSI YADIM, Khairul Nizam Khairuddin dan Ahli Jawatankuasa Tugas – Tugas Khas KSKM Negeri Sembilan, Mohammad Ashraf Mohd Allwi.

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid 19 oleh YADIM Negeri Sembilan ini akan diteruskan lagi pada hujung bulan ini bagi menyantuni kumpulan sasar iaitu keluarga asnaf, golongan kurang upaya serta mereka yang terjejas dengan Covid-19 di seluruh negeri ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *