Home » Citra Yadim » Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu

Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu

PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Februari mengadakan program Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di Dewan Undangan Negeri Pedu di sini.
Ziarah dilakukan kepada 10 buah rumah yang terdiri dari guru agama, pemimpin masyarakat, mantan imam, mantan bilal serta aktivis masyarakat.
Bicara agama pula diadakan di Masjid Kampung,Lubuk Perong, Pedu.
Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria menyampaikan kuliah sebelum Solat Jumaat.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Yang Berhormat Mohd Radzi Md Amin, Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, Penasihat Persatuan Masyarakat Prihatin Padang Terap, Mohd Azam Abdul Aziz serta wakil pertubuhan bukan kerajaan Darul Aman Care dan Al Fityan Dakwah Centre.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *