Peranan:

Menyedia dan memberi perkhidmatan pentadbiran yang berkesan, cekap dan teratur untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam dan luaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia secara konsisten, berteraskan profesionalisme, kerjasama dan integriti.

Fungsi:

  1. Mengurus, merancang hal ehwal keseluruhan penyelenggaraan dan
    pengurusan bangunan-bangunan milik YADIM termasuk bangunan yang disewa serta aset-aset lain merangkumi daftar harta modal dan inventori.
  2. Merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisyen merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan dan menyediakan keperluan logistik untuk urusan rasmi YADIM.
  3. Memastikan hal ehwal pentadbiran pejabat seperti pengurusan mesyuarat dalaman YADIM, pengurusan stor serta bekalan pejabat, perkhidmatan seperti penempatan, khidmat pelanggan, utiliti perhubungan diurus secara sistematik dan berkesan.
  4. Melaksanakan, memantau program dan aktiviti pengurusan rekod serta dokumen selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan dengan mewujudkan kod klsifikasi fail, ruang penyimpanan rekod, pengurusan dan dokumen YADIM serta menyediakan pelan tindakan bencana.
  5. Menggubal dan mengemaskini dasar, peraturan dan garis panduan sedia ada mengenai operasi anak syarikat. Menyelia, menyelaras serta menguruskan hal-hal korporat dan kursus untuk ahli lembaga pengarah/pegawai eksekutif anak syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

clear formSubmit