Peranan:
Menyedia dan memberi perkhidmatan pentadbiran yang berkesan, cekap dan teratur untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam dan luaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia secara konsisten, berteraskan profesionalisme, kerjasama dan integriti.
Fungsi:
- Mengurus, merancang hal ehwal keseluruhan penyelenggaraan dan
pengurusan bangunan-bangunan milik YADIM termasuk bangunan yang disewa serta aset-aset lain merangkumi daftar harta modal dan inventori. - Merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisyen merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan dan menyediakan keperluan logistik untuk urusan rasmi YADIM.
- Memastikan hal ehwal pentadbiran pejabat seperti pengurusan mesyuarat dalaman YADIM, pengurusan stor serta bekalan pejabat, perkhidmatan seperti penempatan, khidmat pelanggan, utiliti perhubungan diurus secara sistematik dan berkesan.
- Melaksanakan, memantau program dan aktiviti pengurusan rekod serta dokumen selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan dengan mewujudkan kod klsifikasi fail, ruang penyimpanan rekod, pengurusan dan dokumen YADIM serta menyediakan pelan tindakan bencana.
- Menggubal dan mengemaskini dasar, peraturan dan garis panduan sedia ada mengenai operasi anak syarikat. Menyelia, menyelaras serta menguruskan hal-hal korporat dan kursus untuk ahli lembaga pengarah/pegawai eksekutif anak syarikat.