Sebut Harga

KENYATAAN TAWARAN

MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI YADIM

 

TAWARAN ADALAH DIBUKA KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI MELALUI SEBUTHARGA SEBAGAIMANA BERIKUT:

 

Bil

Jenis Kenderaan

No. Pendaftaran

Tahun Kenderaan Dikeluarkan

Harga Minimum

Harga Borang

(RM)

No.

Sebutharga

1.     

PROTON WIRA

WKW 6590

2003

RM3,500.00

PERCUMA

01/2018

2.     

PROTON WAJA

WQM 7810

2007

RM10,000.00

PERCUMA

02/2018

3.     

PROTON WAJA

KCL 5746

2009

RM10,000.00

PERCUMA

03/2018

4.     

LORI DAIHATSU

CBM 6639

2004

RM11,000.00

PERCUMA

04/2018

5.     

MITSUBISHI PAJERO

WLK 3869

2003

RM11,000.00

PERCUMA

05/2018

 

1.            Tawaran mula dibuka pada 12 FEBRUARI 2018 (ISNIN). Borang Sebutharga boleh dimuat turun daripada laman web http://www.yadim.com.my/

2.            Kenderaan boleh dilihat/diteliti pada hari 19 FEBRUARI 2018 (ISNIN) jam 9.00 pagi – 4.00 petang di tempat letak kereta YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA, B1, Blok D, kompleks Islam Putrajaya YADIM,

 

3.            Deposit tawaran bernilai RM1,000.00 bagi sebuah kenderaan beserta Kiriman Wang atau Deraf Bank atas nama YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA. Sila tulis nama dan alamat penuh dan no telefon di belakang deposit masing-masing.  Tawaran yang tidak disertakan dengan deposit akan ditolak.

 

4.            Borang yang diletakkan dalam sampul surat hendaklah ditulis dibahagian atas, penjuru kanan sampul tersebut no pendaftaran kenderaan yang hendak dibida.

 

5.            Borang Sebutharga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA YADIM di Tingkat 4, Blok D, Kompleks Pusat Islam Putrajaya, No 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya.  Tawaran ditutup pada 23 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) jam 4.00 petang.

 

  

SYARAT-SYARAT MENYERTAI SEBUTHARGA

MEMBELI KERETA TERPAKAI YADIM

 

Tawaran adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Sebutharga membeli kenderaan  terpakai YADIM sebagaimana yang tersenarai dengan syarat-syarat berikut:

 

1.            Tawaran dibuka pada 12 FEBRUARI 2018 (ISNIN).  Sesiapa yang berminat ingin menyertai tawaran tersebut hendaklah menggunakan satu borang Sebutharga bagi satu kenderaan yang telah disediakan. Borang tersebut boleh didapati di Unit Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan, YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau muat turun di http://yadim.com.my/

2.            Tarikh untuk melihat atau memeriksa kenderaan-kenderaan yang ditawarkan ialah pada 19 FEBRUARI 2018 (ISNIN) jam 9.00 pagi – 4.00 petang di tempat letak kereta YADIM, B1, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Sebarang maklumat teknikal kenderaan yang diperlukan boleh dirujuk dengan Penolong Eksekutif, Unit Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan YADIM ditalian 0388703870 sambungan 3880.

3.            Tawaran Sebutharga yang dimasuki hendaklah terang dan jelas. Setiap tawaran perlu disertakan deposit bernilai RM1,000.00 bagi setiap kenderaan yang dihajati, dalam bentuk Kiriman Wang atau Deraf Bank atas nama YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA.

4.            Borang Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bertutup (saiz mengikut kesesuaian) dengan menulis No. Sebutharga pada muka depan sampul surat tersebut.

5.            Tarikh tutup tawaran Sebutharga ialah pada 23 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) jam 4.00 petang. YADIM  berhak menolak mana-mana tawaran yang tidak lengkap, tidak menyertakan deposit sebutharga, berpinda, rosak atau berkeadaan yang meragukan

6.            Deposit akan dikembalikan kepada Pembida yang gagal, sebaliknya akan menjadi milik YADIM sekiranya Pembida tersebut menarik diri selepas tawaran dikeluarkan kepadanya. Deposit akan dijadikan sebagai pendahuluan bagi Pembida yang berjaya.

7.            Pembida yang berjaya akan dimaklumkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan secara bertulis dan dikehendaki membayar harga kenderaan (setelah menolak nilai deposit sebutharga) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran pembelian. Jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh 14 hari, deposit tidak akan dikembalikan.

8.             Kenderaan berserta dokumen Pendaftaran akan diserahkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan YADIM kepada Pembida yang berjaya tidak lewat 14 hari selepas selesai pembayaran dibuat. Sila tunjukkan resit asal pembayaran semasa tuntutan dibuat.

9.            Urusan tukar nama daripada YADIM kepada Pembida yang berjaya adalah tanggungjawab Pembida. Surat Arahan Tukar Nama adalah atas nama Pembida sahaja. Proses tukar nama ini perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan kenderaan. Salinan (fotostat) dokumen pendaftaran yang telah ditukar nama pemilik hendaklah dimajukan kepada Unit Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan YADIM. YADIM tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua masalah mengenai kenderaan tersebut selepas penyerahan dibuat.

10.         Semua Aset adalah dijual sebagaimana keadannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).

 11.       Sebarang keputusan oleh pengurusan YADIM  adalah muktamad.

 

 

 

 

Download Borang