Pencarian FELO MUDA DAKWAH YADIM 2015

Pencarian FELO MUDA DAKWAH YADIM kembali lagi menemui anda!!

Program ini dibuka kepada semua graduan-graduan universiti dalam dan luar Negara yang berumur 24 hingga 30 tahun. Melalui program ini YADIM akan melatih graduan-graduan universiti dalam dan luar negara yang terpilih dengan pelbagai aspek dan kaedah berdakwah. YADIM berhasrat untuk melatih mereka yang dipilih ini dengan latihan-latihan yang signifikan untuk menjadikan mereka ini sebagai ikon masyarakat Malaysia dalam usaha mengembangkan dakwah. Felo Muda Dakwah yang telah berjaya dipilih akan mengikuti latihan intensif di YADIM selama enam bulan.

[dt_gap height=”30″]

TARIKH TUTUP :   31 JANUARI 2015

Sila emailkan profail anda ke :   mohd.khamis@yadim.com.my

[dt_gap height=”25″]
[dt_gap height=”10″]

FAQ UNTUK FELLOW MUDA DAKWAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Siapakah Felo Dakwah Muda?

Felo Dakwah Muda merupakan graduan universiti dalam dan luar negara yang dipilih oleh YADIM untuk menjalani latihan khas kepimpinan muda Islam. Sebagai Felo Muda Dakwah, YADIM berhasrat untuk melatih mereka yang dipilih ini dengan latihan-latihan yang signifikan untuk menjadikan mereka ini sebagai ikon masyarakat Malaysia dalam usaha mengembangkan dakwah.

 

Berapa lamakah Program Felo Muda Dakwah ini?

Untuk ketika ini program ini akan berlangsung selama enam bulan.

 

Apakah kelayakan menjadi Felo Muda Dakwah?

Untuk menjadi Felo Muda Dakwah, seseorang itu perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sarjana muda. Bidang tidak dititikberatkan tetapi graduan aliran agama akan diberikan keutamaan. Selain itu Felo Muda Dakwah perlu mempunyai ketajaman fikiran, boleh menulis dengan baik dan mampu berhujah. Pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang membabitkan Islam adalah perlu, sementara kemahiran berbahasa Inggeris dan Arab adalah satu kelebihan

 

Apakah kelebihan menjadi Felo Muda Dakwah

Felo Muda Dakwah merupakan program khas yang dibina oleh YADIM untuk melatih pelapis kepimpinan Islam negara. Banyak kelebihan menjadi Felo. Antaranya peningkatan ilmu dan kemahiran diri, peluang menjelajah ke seluruh negara dan berjumpa dengan tokoh-tokoh agama dan politik, membina profil peribadi melalui pendedahan oleh media dan mendapat latihan kepimpinan praktikal yang holistik.

 

Adakah Felo Dakwah Muda ini merupakan kakitangan YADIM?

Ya, Felo Muda Dakwah merupakan kakitangan YADIM dan akan menerima elaun bulanan yang setimpal dengan kelayakan dan tugas mereka.

 

Pertanyaan lanjut? Email saya di mohd.khamis@yadim.com.my

 

FAQ UNTUK FELLOW MUDA DAKWAH

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

[dt_gap height=”10″]
[dt_gap height=”10″]
fmd2015nd2