Sekretariat Felo Muda Dakwah

PENGENALAN

Felo Muda Dakwah merupakan satu program yang diberi kelulusan khas oleh pihak Kerajaan kepada YADIM bagi melatih dan memberi pendedahan kepada golongan belia Malaysia (berumur 23-30 tahun) yang mempunyai latar belakang akademik agama serta bekas pimpinan belia di pelbagai lapangan.

Program yang mendapat dana sepenuhnya daripada Kerajaan ini bermula pada tahun 2014 dengan sasaran seramai 100 orang peserta setiap tahun sehingga tahun 2017. Seramai 30-40 orang peserta bagi satu kumpulan pengambilan akan dipilih melalui tapisan yang dikendalikan oleh pihak YADIM.

Sebanyak 8 modul latihan telah dibentuk dengan meliputi 3 aspek utama iaitu sahsiah, kemahiran dan ilmu dalam tempoh masa latihan selama 3 bulan di pelbagai agensi dan institusi latihan yang berkaitan.

 OBJEKTIF

  • Sebagai agenda pengkaderan generasi kepimpinan muda yang beridealisme Islam
  • Melatih ikon masyarakat Setempat dalam mengembangkan dakwah Islamiyah dan dakwah Islahiyah
  • Membina generasi Muda Islam yang berfikrah dan berjiwa Islam
  • Melatih pakar rujuk muda Islam dalam membina generasi muda Islam yang mapan