Unit Pemurnian Akidah

Fungsi Menangani isu-isu semasa akidah, akhlak, remaja, saudara baru. Melaksanakan program dan aktiviti berbentuk kebajikan dengan pendekatan dakwah bil hal di kalangan komuniti dan masyarakat umum. Menganjurkan kelas-kelas bimbingan, kaunseling, pemantapan akidah dan kefahaman Islam kepada pelajar, saudara baru, remaja bermasalah, dan terpesong akidah. Ziarah ukhuwah saudara baru dan non-muslim.

Unit Perbandingan Agama

Fungsi Menubuhkan panel/felo dakwah YADIM. Menyelaras forum, seminar, dialog perbandingan agama di peringkat nasional. Menganjurkan forum antarabangsa yang membariskan tokoh-tokoh pendakwah terkemuka dunia. Menyelaras dakwah laman sosial bagi menangani isu-isu semasa dan fahaman-fahaman sesat. Program I-talk (islamic talk) penerangan tentang Islam kepada masyarakat awam. Menyelaras program latihan pendakwah

Dakwah Outreach

Objektif Mewujudkan jaringan kerjasama dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam, dan agensi dakwah dalam dan luar negara. Menubuhkan jawatankuasa panel/felo dakwah YADIM. Menangani kecelaruan minda ummat Islam dengan program-program dan aktiviti pengukuhan akidah. Menyelaras program-program dan dialog perbandingan agama dan kefahaman Islam

Hasad dengki meruntuh organisasi

Antara penyakit hati yang paling digeruni kerana kemampuannya meruntuhkan umat ialah hasad. Hasad atau istilah mudahnya dalam bahasa Melayu ialah dengki. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya’ Ulumuddin, hasad ialah satu perasaan iri hati yang inginkan agar nikmat atau kelebihan ada pada orang lain terhapus atau tidak berkekalan. Seseorang berpenyakit hasad sering kali merasai tidak tenang […]