Kelambu Kaabah ditinggikan tiga meter elak dirosak jemaah

MEKAH 9 Ogos – Kelambu Kaabah atau kiswah ditarik ke atas kira-kira tiga meter semalam dalam amalan setiap kali musim haji bagi memastikan kelambu itu terpelihara daripada sebarang kerosakan semasa jemaah bertawaf. Pengarah Besar Kompleks King Abdulaziz bagi kelambu Kaabah, Muhammad Bajouda berkata, ruang itu digantikan dengan kain putih selebar dua meter di keempat-empat sisi […]

Pengguna iOS boleh semak status halal produk di ‘Verify Halal’

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Pengguna iOS bakal menikmati kemudahan menyemak status halal sesuatu produk menerusi aplikasi mudah alih ‘Verify Halal’ Aplikasi yang dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan satu projek dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, pelancaran itu memudahkan pengguna menyemak […]

Pasukan khas diwujud atasi masalah visa jemaah haji

JERAI 9 Ogos – Satu pasukan khas diwujudkan untuk menangani masalah visa jemaah haji, selain memastikan urusan penerbangan ke Tanah Suci berjalan lancar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pa­sukan itu akan memantau proses pemergian bakal jemaah dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku penangguhan per­jalanan menunaikan ibadah itu. […]

Pindaan Akta 164 lulus

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat, tengah malam tadi. RUU yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, diluluskan pada jam 12.45 tengah malam selepas dibacakan kali ketiga serta dibahaskan lebih empat jam, bermula […]

14 syarikat tipu pakej umrah sudah diambil tindakan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – 14 syarikat yang menipu pakej pengendalian umrah dan ziarah telah dikenakan tindakan sejak 2007 hingga tahun ini. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, dari jumlah tersebut, sebanyak 11 syarikat telah dibatalkan lesen dan satu syarikat telah ditarik lesen bidang pelancongan luar negara (outbound). Jelas beliau, kesemua […]