PERKIM Village @ Shah Alam untuk aktiviti mualaf

SHAH ALAM 4 Feb. –  Bagi membantu memperkasa kebajikan asnaf mualaf, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor membina kompleks khusus untuk kumpulan itu di Seksyen 8, di sini. Kompleks dua tingkat berkeluasan 2,453 meter persegi (26,400 kaki persegi) membabitkan kos RM8 juta itu merangkumi kemudahan dewan utama, pejabat, bilik seminar, kafe, surau dan ruang sokongan […]

Cikgu Sirhajwan dicalon 2 anugerah pendidikan global

KOTA KINABALU: “Saya tercalon kerana berani dan tekad membuktikan tiada yang mustahil untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memperkembangkan diri secara profesional,” kata Sirhajwan Idek, 30. Guru di Kolej Vokasional Keningau itu dicalonkan bagi dua anugerah antarabangsa yang dipertandingkan dalam Global Educational Supplies and Solutions (GESS) Education Awards pada 28 Februari ini. Sirhajwan berkata, menerusi pencalonan […]

Polis kesan wanita terima bayaran pakej umrah

ALOR SETAR 4 Feb. – Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan pakej umrah di negeri ini. Wanita itu dipercayai menerima sejumlah wang daripada seorang ustazah hasil kutipan daripada 25 bakal jemaah umrah tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teik Paing, berkata hasil siasatan terhadap ustazah yang didakwa […]

Bekas air jampi dirampas di rumah suspek dera anak kandung

TELOK KEMANG 4 Feb. – Satu bekas air didakwa mengandungi ‘air jampi’ adalah antara barangan yang dirampas polis semasa melakukan siasatan di rumah sewa didiami keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, Nur Aina Nabihah Mohammad Abdullah, 9. Bekas itu ditemukan oleh polis di rumah berkenaan di Taman Vista Jaya, Lukut dekat sini yang […]

PGSM desak semua Kerajaan Negeri pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri 

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis, di bawah Enakmen […]

Jangan pertikai peranan Jakim: PUM

SHAH ALAM 4 Feb. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa seluruh masyarakat agar tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba untuk mempertikaikan peranan dan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, Jakim merupakan sebuah badan yang sangat relevan malah tindakan mempertikaikan kewujudan institusi ini dibimbangi akan […]