TH lantik 19 syarikat PJH

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyenaraikan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk pakej haji bagi musim haji 1439H/2018M. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Kumpulan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataannya, hari ini, berkata bakal jemaah yang sudah menerima surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini disarankan menggunakan perkhidmatan PJH yang diluluskan […]

Lagi 21 skuad bomba tahfiz ditubuhkan

PENINGKATAN kesedaran terhadap keselamatan kebakaran membabitkan pusat tahfiz berjaya melahirkan 21 lagi skuad bomba tahfiz di Klang. Skuad bomba tahfiz yang ditubuhkan itu bertujuan melaksanakan langkah awal mengatasi kebakaran dan mereka dilatih selama 15 hari oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Klang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang […]

Sijil halal Malaysia terbaik dan diiktiraf dunia

NILAI – Pensijilan halal Malaysia merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dunia kini melihat Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal. Terbaharu katanya, negara Brazil yang mahu memasarkan daging ke pasaran Asia Barat telah diminta untuk mendapatkan […]

Haram sebar berita palsu

KUALA LUMPUR :  Perbuatan menyebar berita palsu adalah haram dan mereka yang melakukannya boleh menanggung dosa. Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata penyebaran berita palsu bukan saja boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam masyarakat, malah turut memberi pelbagai kesan buruk terhadap keadaan politik, ekonomi, sosial dan budaya […]

Pengurusan wakaf negara masih lemah

  KUALA LUMPUR 22 Feb. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kelemahan dalam sistem pengurusan wakaf di negara ini yang masih berada pada tahap kurang memuaskan menjadi punca mengapa institusi tersebut tidak dapat berkembang menjadi sumber ekonomi umat Islam. Sehubungan itu, baginda bertitah, tadbir urus yang baik dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam […]