Pemimpin politik Islam jangan bertelagah – Mufti

KUALA LUMPUR 1 April – Pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat beragama Islam di negara ini diingatkan supaya bersatu dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara tersebut adalah tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang Muslim. “Mana-mana umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan […]

Bukti kesahihan sebelum sebar cerita: Mufti

KOTA BHARU – Masyarakat diminta supaya mengesahkan dahulu kesahihan wujudnya gangguan orang minyak sebelum menyebarkan berita berkenaan kepada umum. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menggembar-gemburkan perkara ini dengan bertujuan mengemparkan orang lain, sebaliknya memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes seumpama ini terlebih dahulu. “Perkara sebegini bukan […]

Israel perlu bertanggungjawab: GMMF

KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dan memberi tekanan sewajarnya terhadap Israel supaya bertanggungjawab dalam keganasan terbaru ke atas rakyat Palestin. Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, berkata pihak berkuasa Israel perlu menghormati hak rakyat Palestin untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan. Katanya, Israel […]

Iktikaf di atas bumbung Masjid Nabawi sahaja

MADINAH 1 April – Para jemaah dibenarkan beritikaf iaitu bersendirian dan tinggal di masjid untuk beribadah semasa bulan Ramadan hanya di atas bumbung Masjid Nabawi di sini. Menurut laporan Saudi Gazette, Emir Madinah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Madinah, Putera Faisal Salman telah meluluskan cadangan jawatankuasa berkenaan untuk menyediakan bumbung masjid berkenaan untuk beritikaf dan memperuntukkan […]

Erdogan gelar Netanyahu pengganas

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini menuduh Benjamin Netanyahu menjadi pengganas selepas perdana menteri Israel itu menolak ‘pelajaran moral’ Ankara susulan pertempuran maut di Gaza. “Hey Netanyahu! Anda seorang penjajah dan kerana sifat penjajah itu, kamu berada di tanah itu. Pada masa yang sama, anda adalah seorang pengganas,” kata Erdogan dalam ucapan televisyen […]

Wanita berhijab sertai acara ratu cantik

BIRMINGHAM, Britain – Seorang wanita bertudung bakal menempah tiket ke pertandingan Ratu Cantik England selepas berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Birmingham baru-baru ini. Maria Mahmood, 20, pada mulanya teragak-agak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut kerana keadaan dirinya yang bertudung dan bentuk fizikal yang agak berisi. Namun setelah dimaklumkan oleh pihak penganjur […]

Benarkah Sutan Puasa pengasas sebenar Kuala Lumpur?

KUALA LUMPUR – Betulkah Sutan Puasa, seorang saudagar Mandailing, pengasas  sebenar Kuala Lumpur? Kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pada beberapa wacana intelektual tahun lepas bahawa “pengasas Kuala Lumpur ialah Sutan Puasa, dari Mandailing”, menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai kerana sejarah Malaysia menyebut bahawa Yap Ah Loy, seorang Kapitan China, adalah […]

Jadikan masjid, surau pusat aktiviti masyarakat majmuk

PETRA JAYA: Masjid dan surau yang berada dalam kawasan kejiranan bercampur di Sarawak, diminta menjadikan rumah ibadat berkenaan sebagai lokasi perkumpulan utama umat Islam dan bukan Islam, sekali gus mewujudkan persefahaman antara agama. Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kedua-dua rumah ibadat umat Islam itu boleh dijadikan kawasan bermesyuarat jiran tetangga, selain memberi peluang […]

Cara baru pantas hafal Quran, tiga bulan 30 juzuk

PUTRAJAYA, 1 April — Teknik hafalan singkat 30 juzuk Al-Quran dalam masa tiga bulan merupakan projek inovasi terbaharu diperkenalkan Pusat Tahfiz Integrasi An Nur yang diasaskan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Pengasas YDKMM Dr Mohd Hizul Azri Md Noor berkata teknik tersebut tidak hanya mementingkan hafalan ayat suci Al-Quran, tetapi turut menggabungkan konsep tadabbur […]

Baitulmal akui makcik naik motosikal berlima penerima zakat tapi…

PETALING JAYA: Dari Selayang seorang wanita menaiki motosikal ke Bukit Damansara, kehabisan minyak di tengah jalan di bawah cuaca terik, kemudian tersesat pula di Damansara. Itu belum lagi tindakannya sanggup menempuh bahaya apabila turut membawa empat anak kecilnya bersama melalui lebuh raya yang sibuk. Begitulah pengorbanan yang ditunjukkan seorang ibu apabila terpaksa melalui perjalanan ‘sukar’ […]