Pusat tahfiz: Lebih 50 saksi akan dipanggil

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang ditetapkan pada 30 Mei di Mahkamah Tinggi di sini. Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memaklumkan demikian semasa sebutan semula kes itu di hadapan Hakim […]

Zakat perniagaan, ramai kurang kesedaran

KUALA LUMPUR: Kurangnya kesedaran di kalangan peniaga untuk membayar zakat perniagaan menyebabkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meneruskan lagi siri program Ziarah Zakat yang ketiga. Kempen yang dilakukan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu hari ini turut melawat 82 premis di sekitar Medan Mara dan Busana Mall, di sini. […]

Zuckerberg janji ‘bersihkan’ kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar

WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada Selasa berkata, syarikatnya akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar, lapor Reuters. Perkara itu diumumkan ketika Zuckerberg sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu. Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan […]

Misi doktor pakar UIAM ke Everest Base Camp

KUANTAN: Seramai 11 pegawai termasuk lima doktor pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan mengikuti ekspedisi ke Everest Base Camp (5,380 meter) dan Gunung Kala Patthar, Nepal. Ekspedisi kali pertama sempena ulang tahun ke-20 pusat pengajian itu turut disertai pensyarah membabitkan enam kuliyah yang membawa misi dakwah selain mempopularkan sukan mendaki di UIAM. Ketua […]

Mendekati penduduk pedalaman Sabah

KOTA KINABALU – Pada 7 dan 8 April 2018 lalu telah berlangsung program `YADIM Bersama Anda’ bersempena program ziarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  dan Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) ke Desa Melinsou Ranau. Pada program itu, pelbagai aktiviti telah diadakan khusus untuk penduduk di kawasan pedalaman itu. Pengarah YADIM Zon Sabah, Haji Samin Ongki […]