Elak Tudung Corak ‘Dreamcatcher’ – Mufti Wilayah

SHAH ALAM – Memakai tudung dengan corak dreamcatcher menjadi trend sesetengah wanita Islam mutakhir ini. Namun, timbul tanda tanya susulan corak itu adalah simbol kepercayaan masyarakat Red Indian. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui tulisannya di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dreamcatcher pada asalnya satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk […]

Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media

KUALA LUMPUR – Laporan senarai penuh jemaah menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tersebar di media sosial adalah berita yang belum disahkan dan hanya spekulasi media. Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, ketika dihubungi wartawan NSTP, berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut sehingga maklumat itu disahkan benar. “Itu […]

Ketua Hakim Negara Letak Jawatan

PUTRAJAYA 3 – Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa pada 31 Julai ini. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka telah mengutuskan surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu. […]

Bayaran Khas Aidilfitri Kariah Masjid, Guru Takmir, KAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM400 kepada kariah masjid, guru takmir dan guru kelas asas fardhu ain (KAFA). Menterinya, Lim Guan Eng berkata, bayaran khas itu melibatkan 66,258 individu terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 tok siak, norja dan merbot serta 32,764 guru KAFA. […]

Malaysia Airlines Akan Hidang Menu Diraja Pada Hari Raya

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines akan menghidangkan menu diraja Perlis istimewa di dalam penerbangan terpilih mulai 15 hingga 17 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, menu oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil adalah sebahagian daripada […]