‘Mat Rempit’ Solat Taubat

LANGKAWI – 93 orang ‘mat rempit’ bukan sahaja terpaksa menolak motosikal sejauh 10 kilometer, malah turut dibawa ke masjid untuk menunaikan solat taubat. Itu antara pengajaran perlu ditempuh mat rempit berusia antara 15 dan 28 tahun selepas mereka ditahan dalam Ops Samseng Jalanan bermula tengah malam tadi dan berakhir 7 pagi ini. Ketua Polis Daerah […]

Pelantikan Richard Malanjum Tidak Jejas Kedudukan Islam

PUTRAJAYA – Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tidak timbul isu Islam tidak selamat susulan pelantikan Malanjum dan ia hanya persepsi yang digambarkan menerusi media sosial. Beliau berkata, tindakan itu […]

Pelan Komprehensif Jadikan Bahasa Malaysia Pilihan Utama – Maszlee

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan terus menggandakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan sahaja di tanah air, malah di peringkat serantau dan global. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, selaras dengan itu, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kementerian akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa […]

Mohammed Nor Pengerusi, Zukri CEO Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya. TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB Holdings Bhd Datuk Sri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu. Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata Mohammed Nor kepada Bernama hari […]

Pacquiao Beri Kejutan Hari Lahir Kepada Tun M

PUTRAJAYA – Jaguh tinju dunia daripada Filipina, Manny Pacquiao yang kini berada di Malaysia, semalam memberikan kejutan dan hadiah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena hari lahir ke-93. Pacquiao yang juga seorang senator dan nama sebenarnya Emmanuel Pacquiao tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini untuk melakukan kunjungan hormat ke […]

Kelantan Perlu Bentang Pelan Penggunaan Wang Royalti Petroleum Kepada Rakyat

TANAH MERAH – Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka. Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini. “Saya telah […]

Kembalikan Perpaduan – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, usaha mengembalikan perpaduan dalam kalangan rak­yat wajib dilaksanakan selepas mereka dilihat berpecah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Titah baginda, tidak dapat dinafikan bahawa suasana hangat yang berlaku semasa kempen PRU-14 yang lalu telah sedikit sebanyak membahagikan rakyat kepada dua pihak yang bertentangan. “Demi masa […]

258 PATI Lagi Ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 258 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi di sekitar Lenbah Klang menerusi Op Mega 3.0 yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) awal pagi tadi. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan pertama di Selayang pihaknya menahan sebanyak 69 PATI terdiri daripada 40 warga Indonesia dan selebihnya warga […]

YADIM hargai kerjasama NGO Islam

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa menghargai kerjasama dari semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam melaksanakan pelbagai program dakwah dan sebagainya, kata Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata, persepakatan YADIM dan NGO Islam melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) merupakan sesuatu yang penting terutama dalam membentuk perpaduan umai Islam di […]