Tazkirah Hijrah di Radio Keningau FM

KENINGAU – Sesuai dengan semangat Maal Hijrah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah hari ini (14 September) bersiaran dalam Slot Khas Tazkirah Hijrah, di Keningau FM secara langsung. Tazkirah itu disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar. Turut bersamanya ialah Pengarah Yadim Zon Sabah,Tuan Haji Samin Ongki. Keningau […]

Tak boleh campuri urusan agama Islam negeri

BANGI – Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan agama Islam di negeri, kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Menegaskan bahawa perkara itu terdapat dalam undang-undang, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan meletakkan sempadan antara kuasa negeri dan Persekutuan, yang mana Jadual Kesembilan Senarai I Butiran 4(k), Kerajaan […]

Kawal gelaran bersifat agama

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong kepentingan untuk mengawal penggunaan gelaran bersifat agama susulan bimbang masyarakat akan menjadi mangsa. Mohd Asri berkata, dalam seminar yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam ada memperkatakan tentang perlunya kawalan terhadap penggunaan gelaran ustaz dengan sewenangnya. […]

Pembunuh kucing direman 4 hari

KUALA LUMPUR – DUA lelaki terbabit dalam kes bunuh kucing bunting dalam mesin pengering kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak, direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perintah reman terhadap dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Gombak hari ini bagi membantu […]

Al Falah bantu mangsa kebakaran Taman Seremban Jaya

SEREMBAN – Sukarelawan Al Falah (SAF) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus aktif menjalankan kerja kerja kesukarelawanan dan sosialnya, terbaru, satu keluarga mangsa kebakaran di Taman Seremban Jaya disantuni hari ini (14 September). Tiga anggota SAF diketuai oleh Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus, telah menyantuni keluarga berkenaan dan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan seperti […]

‘Orang luar’ tak perlu campur tangan hal ehwal Islam

PETALING JAYA – Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya atau memberi pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecohan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk undang-undang dan sekolah bawah bidang kuasa kerajaan negeri. “Kepentingan agama Islam ditekankan sejak lebih 1 abad dulu. Semua […]