5G diuji di Putrajaya dan Cyberjaya

PUTRAJAYA – Putrajaya dan Cyberjaya akan menjadi wilayah ujian rangkaian 5G bagi tempoh setahun bermula November ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau berkata, kedua-dua bandar berkenaan yang dibangunkan dengan jaringan ketersedian fiber dikenal pasti sebagai lokasi paling ideal untuk menguji signal 5G. Katanya, inisiatif itu akan diketuai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan […]

Penggemar papadum terdedah penyakit darah tinggi, strok dan serangan jantung

PULAU PINANG – Awas kepada penggemar papadum di restoran-restoran nasi kandar kerana pengambilan makanan itu secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Perkara itu didedahkan menerusi kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendapati papadum iaitu sejenis kerepek yang kerap dihidang di restoran nasi kandar mengandungi natrium atau […]

Bajet 2019 bajet pengorbanan

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan Bajet 2019 yang bakal dibentangkannya pada 2 November ini menuntut pengorbanan daripada sektor korporat dan perniagaan. Katanya, sasaran fiskal yang ditetapkan kerajaan terdahulu tidak realistik menyebabkan kerajaan baharu melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan kewangan negara. “Dua puluh empat peratus sahaja,” guraunya semasa menyampaikan ucapan di […]

Kerajaan bercadang perkenal cukai baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. “Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan […]